Artikel ni mek dr member...best plak bile bace note ni...ce korg sume bace.... 
Kepada Boyfriend Anak Aku 
salam~
saja nak share dengan kawan-kawan....
mungkin ada yang pernah baca...
lucu~tapi ada message yang terselit dalam penulisan selamba ni....
...=)
----------------------------------------------------------------------------
Kepada Bf anak aku, 
Peraturan  1: Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…hon, pastikan ko  bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.
Peraturan  2: Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang  dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo  ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong  cabut dan jaga tangan ko kat umah..
Peraturan 3: Aku tau skang  nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender  ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam  manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak  atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler  gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.
Peraturan  4: Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok  canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam  kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh  ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku  lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko  dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?
Peraturan 5:  Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon  bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2  topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat  nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan  jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”
Peraturan 6: Aku rasa  ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating  ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko  tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah  couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak  aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku  nangis, aku pulak akan wat ko nangis.
Peraturan 7: Sementara ko  menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama  sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar.  Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam  basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.
Peraturan 8: Tempat2  berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada  katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau  baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam.  Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang  tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak  aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang  sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic,  berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat  dibolehkan.
Peraturan 9: Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni  nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua  pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan  sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab  dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu  senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat  belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo  aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan  main2 ngan aku.
Peraturan 10: Ko patut takut ngan aku ni..kalo  boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa  bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok  berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih  dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2  tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”.  Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko  nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.
Sekian, Yg ditakuti,Bapak Kepada Gf ko.